Friday, June 29, 2012

Cemburu

Aku sangat cemburu melihat mereka yang bertudung labuh. nampak cantik sangat.

Tapi bukanlah cantik itu yang aku cemburukan. Aku cemburu dengan diri mereka yang istiqamah dan pasti mereka betul2 dekat dengan Allah.

Hakikatnya aku belum betul2 kuat untuk berubah ke arah itu. Aku takut bila berpakaian begitu tetapi perangai tak melambangkan apa yang aku pakai. memalukan sahaja.

Dulu aku hanya bertudung labuh ketika di sekolah. yelah, peraturankan. tapi bila keluar daripada sekolah, entah di mana aku campakkan semua itu.

Aku menyesal sangat sebab 5 tahun aku di SMKA seolah-olah sia2 sahaja. ilmu2 yang diberi di sana tak pernah aku catat, ingat dan amalkan. betapa bodoh sombongnya diri aku ni..

Aku malu dengan kawan2 aku yang bukan bersekolah agama tapi mereka lebih baik daripada aku. Mak aku sendiri pun pernah membandingkan aku dengan mereka. mungkin dia kesal dengan sikap anaknya sendiri..haiihhhh

Dan aku ingin berusaha untuk mencari jalan pulang kepadaNya.. rasa macam dah jauh sangat daripadaNya.bukan aku tak pernah cuba tapi terlalu susah untuk tetapkan iman dan hati.

Dan kerana itu aku terpaksa lupakan cinta dia, rindu dia, pengorbanan dia untuk aku dan aku harap sangat dia mengerti.

Ohh ye. aku dapat sesuatu ilmu baru hari ni.

Selama ini aku ingat memaafkan kesalahan orang adalah perkara wajib. serious, memang aku ingat itu wajib. Tapi aku baru baca satu buku tajuknya, Carilah syurga hati penulisan Dr HM Tuah dan beliau mengatakan bahawa tiada paksaan dalam Islam untuk memaafkan seseorang.

Memang agak terkejut sangat bila baca tapi bukan bermaksud kita tak payah maafkan kesalahan orang kat kita.Nabi pun ampunkan umat dia ni kan pulak kita hamba yang serba kekurangan ni.

So renung-renungkan :)

No comments: