Thursday, June 28, 2012

Entah kali ke berapa

Mungkin ini entah kali ke berapa aku mewajahbarukan blog aku ni.

entah kali ke berapa jugak aku padam semua post yang lama2.

Sedih dengan diri sendiri kerana tak mampu jadi orang yang tetap pendirian.

Tapi kali ini aku akan berusaha buat penulisan aku sebagai manusia yang berumur 20 tahun.

Kadang2 aku sangat cemburu dengan mereka yang pandai menyusun kata dalam menulis dan menarik minat orang untuk membaca dan salah seorangnya ialah aku.

Ohh.. sudah hampir 7 bulan aku bukan lagi bergelar pelajar tingkatan 6. Walaupun keputusan STPM aku tak sebagus mereka yang bagus tapi cukuplah untuk memuaskan diri sendiri.

Dan dengan itu aku sangat yakin dengan ujian yang Allah bagi kat aku dulu memang banyak hikmahnya.

Dan sekarang aku bekerja sebagai cashier di KFC Kuala Selangor. Malu jugak nak mengaku aku kerja di KFC tapi aku bekerja dan bukanlah mencuri so buat apa nak malu, kan?

Banyak sangat pengalaman aku kat situ. kena marah dengan manager, senior dan macam2 lagi la.

Kerja utama aku hari2 ialah melayan kerenah customer yang kadang2 amatlah menguji kesabaran. benar, jadi cashier ni kadang2 kena jadi orang yang takde perasaan.

Dan salah satu perkara yang menjadi dilema tiap2 hari ialah masalah short duit. mungkin hampir beratus jugak duit aku habis untuk membayar duit short tapi takde pilihan lain selain bayar sahaja.

Kadang2 aku dah confident gile aku bagi balance yang cukup kat customer tapi aku anggap tu semua ujian dari Allah dan mungkin tu semua duit yang aku kena bayar kalau aku ada 'terambil' makanan kat KFC tu..

Sebenarnya bukan terambil tapi mungkin sengaja ambil. kalau kaorang kerja di kedai makan baru korang tahu betapa daya tarikan makanan tu tersangatlah kuat seolah2 makanan tu menari2 sambil berkata "makanlah aku!"

Hakikatnya sekarang ini niat nak berhenti tu amatlah kuat lebih2 lagi apabila desas desus mengatakan ada staff disitu ada yang mencuri duit cashier dan menyebabkan kami short.

Aku sangat2 berkira bab2 duit ni. Bila dah jadi macam ni nak halalkan duit tu sangatlah susah. Aku harap kalau betul la cerita tu semoga Allah beri petunjuk tentang kebenarannya.

Bosan kan cerita aku??

Mungkin aku kena mengaku yang aku ni tak pandai bercerita dan menulis..

Dan aku akan belajar lagi.......


No comments: